This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

25 Agustus 2010

Perpustakaan Digital

Perpustakaan digital merupakan perpustakaan di mana sebahagian besar sumber terdapat dalam format yang boleh dicapai mesin (berbanding cetakan atau filem mikro), dicapai melalui komputer. Kandungan digital boleh disimpan di situ atau dicapai melalui jaringan komputer. Dalam perpustakaan, proses pendigitalan bermula dengan katalog, kepada index berkala (periodical indexes) dan khidmat abstrak, dan kemudiannya kepada (periodicals) dan buku rujukan besar, dan akhirnya pada penerbitan buku. Sebahagian perpustakaan digital yang paling berjaya dan terbesar adalah Projek Gutenberg, ibiblio dan Internet Archive.

Perpustakaan tradisi terhad oleh ruang yang ada, perpustakaan digital mempunyai potensi untuk menyimpan lebih banyak maklumat, disebabkan maklumat digital memerlukan sedikit ruang untuk disimpan. Dengan itu, kos mengekalkan perpustakaan digital adalah jauh lebih rendah berbanding perpustakaan tradisi. Perpustakaan tradisi perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membayar kaki tangan, menyelenggara buku, sewa, dan buku tambahan. Perpustakaan digital tidak memerlukan kesemua ini.

Perpustakaan digital boleh menggunakan ciptaan dalam teknologi serta merta untuk memberikan pengguna dengan peningkatan dalam teknologi eletronik dan buku bunyi dan juga sebagai mebentangkan bentuk baru komunikasi seperti wiki dan blog.

* Tiada sempadan fizikal. Pengguna perpustakaan digital tidak perlu pergi ke perpustakaan, orang seluruh dunia boleh mencapai maklumat yang sama, selagi sambungan Internet tersedia.
* Tersedia sepanjang masa. Kelebihan perpustakaan digital adalah orang seluruh dunia boleh mencapai maklumat sepanjang masa, selagi sambungan Internet tersedia.
* Capaian banyak. Sumber yang sama boleh digunakan pada masa yang sama oleh sejumlah pengguna.
* Pendekatan berstruktur. Perpustakaan digital memberikan capaian kepada kandungan yang lebih kaya dalam bentuk yang lebih berstruktur, contohnya. kita boleh beralih daripada katalog kepada buku tertentu kepada bab tertentu dan sebagainya.
* Capaian maklumat. Pengguna mampu menggunakan pelbagai istilah carian berkaitan dengan perkataan atau ayat bagi keseluruhan perpustakaan. Perpustakaan digital boleh memberikan antara muka yang mudah, memberikan capaian boleh klik pada sumbernya.
* Pengekalan dan penyimpanan. Salinan tepat dengan sumber asal boleh dihasilkan tanpa had tanpa mengurangkan mutu.
* Ruang. Di mana perpustakaan tradisi terhad oleh ruang simpanan, perpustakaan digital mempunyai potensi untuk menyimpan lebih banyak maklumat, hanya disebabkan maklumat digital memerlukan sedikit ruang fizikal untuk menyimpannya. Apabila perpustakaan kehabisan ruang, pendigitalan merupakan satu-satunya penyelesaian.
* Jaringan. Perpustakaan digital tertentu boleh menyediakan pautan kepada sumber perpustakaan digital lain dengan mudah, dengan itu menggabungkan perkongsian sumber dapat dicapai.
* Kos. Secara teori, kos mengekalkan perpustakaan digital adalah ;ebih rendah berbanding perpustakaan tradisi.

Perpustakaan tradisi perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membayar kaki tangan, menyelenggara buku, sewa, dan buku tambahan. Walaupun perpustakaan digital tidak memerlukan kesemua ini, ia di dapati bahawa perpustakaan digital mampu dan meningkatkan kos bagi menukar bahan cetak keformat digital, dan bagi kaki-tangan teknikal mahir untuk menyelenggarakannya, dan kos menyelenggarakan capaian dalam talian (contoh. pelayan, kos jalur lebar, dll.). Juga maklumat dalam perpustakaan digital sering kali "berpindah" setiap beberapa tahun kepada bentuk media terkini. Proses ini mampu meningkatkan kos yang besar dari segi parkakasan dan kaki-tangan yang mahir.

By : www.wikipedia.com

1 Agustus 2010

tes

ahahahahahahah
bingung